Posts

Anak muda tanya Dr M dakwaan Anwar 'melancapi lelaki'

Image
Beberapa orang anak muda mendapati tidak semestinya mereka perlu menutupi pertanyaan mereka kepada pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad malam ini agar soalan mereka terlihat lebih manis atau berbunyi lebih sopan. Antara soalan yang ditanyakan kepada beliau dalam sesi dialog  town hall  bersama anak muda di Petaling Jaya ialah jika beliau masih berpegang dengan dakwaan beliau bahawa ketua umum HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim telah 'melancapkan lelaki lain'. Bagaimanapun beliau tidak menjawab soalan itu secara langsung. Mahathir memberitahu hadirin pihak polis telah menyerahkan laporan tentang salah laku Anwar kepada beliau tiga tahun sebelum bekas perdana menteri itu ditahan. Malahan pada ketika itu, kata Mahathir beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut. Surat kakak Azmin, laporan polis "Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan. "Tetapi kemudian saya men...